warisan kensiu terakhir…

•November 25, 2008 • 2 Comments

Kedah sememangnya negeri yang pernah aku lewati 2 tahun yang lalu..namun begitu kehadiranku hanya sekadar menghadiri majlis perkahwinan saudara yang tidak berapa aku nak kenal.. Nak dijadikan cerita aku menerima tugas untuk membuat liputan di sana berkenaan orang asli kensiu yang dikatakan terakhir menduduki di sekitar kawasan Kedah Darul Aman..

Sepanjang pengalaman aku sebagai seorang wartawan ternyata pengalaman di sini sedikit sebanyak memberiku pelbagai pengetahuan tentang rahsia alam..

di atas urusan kerja yang penting aku berusaha bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik di dalam penghasilan kerja ini.. Pertama kali menjejakkan kaki di Kg. Lubok Legong seakan terpegun melihat sekelompk orang asli yang tinggal di tengah-tengah perkampungan orang Melayu.. kehidupan mereka sekarang jauh berubah daripada yang dahulu..Hari pertama menjalankan pengambaran ternyata bukan suatu perkara yang mudah untuk mendekati mereka.. Oleh kerana mereka tinggal di kawasan perkampungan orang melayu, majoriti daripada mereka pandai bertutur dalam bahasa yang sama.. Namun begitu mereka tetap menggunakan bahasa tradisi sebagai bahasa utama apabila berkomunikasi antara satu sama lain..11082008

Penubuhan JHEOA sememangnya membawa banyak perubahan kepada orang asli disini.. Kehidupan mereka sudah dilengkapi oleh pelbagai kemudahan asas seperti tempat tinnggal, bekalan air dan elektrik, disamping penubuhan balai raya, surau dan tadika.. Namun ada segelintir daripada mereka yang masih menggunakan sungai sebagai punca utama bekalan air.. terpegun aku sewaktu melihat kanak-kanak yang sepatutnya berada di bangku sekolah sedang tekun mencuci pinggan mangkuk.. Jelas terlihat bahawa mereka mempunyai sikap pandai berdikari walaupun baru seusia itu..

14082008007-002

10082008001

Pendapatan penduduk orang asli disini bergantung sepenuhnya kepada hasil pokok getah dan juga hasil hutan, mereka menggunakan rezeki yang sedia ada sebagai punca makanan dan perubatan.. Untuk pertama kalinya aku bersama kru yang lain memjejaki Hutan Simpan Latar Mengkuang yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.. Kami diketuai oleh Sudin Bin Kelubi bersama isteri dan anak-anaknya memasuki hutan ini.. Di sini aku diajar untuk mengenali akar-akar kayu yang semakin popular digunakan di masa kini sebagai perubatan tradisional mahupun moden.. Tidak ketinggalan apabila mereka menunjukkan kepakaran untuk menyediakan makanan yang dimasak di dalam buluh.. Terliur rasanya menghidu aroma masakan tersebut.. Sesudah penat meneroka pelbagai keunikan rahsia alam, kami semua dijamu dengan hidangan yang istimewa daripada mereka…

cute-amira

Sepanjang penggambaran banyak sungguh pengalaman yang tidak dapat dilupakan, kami juga setiap hari akan menyediakan gula-gula mahupun cokelat untuk diberikan kepada anak-anak orang asli di sini.. Ini mudah untuk merapatkan silaturrahim antara kami semua..(hehehehehehe).. Waktu malam juga di padatkan lagi dengan upacara tarian Sewang dari kaum perempuan.. Bunyi ketukan buluh memeriahkan lagi suasana pada malam itu disamping unggun api yang turut dikelilingi penari-penarinya yang sangat sporting.. Seminggu di sini rasanya belum puas untuk kami bersama mereka..

Hari terakhir berada di sini sungguh tidak disangka akan keakraban dan kemesraan kami semua.. Setelah penat bergotong-royong bersama membersihkan kawasan kampung, kami didatangi oleh pegawai dari JHEOA dan pihak dari USM untuk memberikan sedikit sumbangan dan menjalankan aktiviti sukaneka bersama.. Penduduk orang Asli kensiu ternyata menghargai kedatangan mereka dan segalanya berjalan dengan lancar.. Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat di dalam menjayakan program Citra Manuisa untuk Warisan Kensiu terakhir di Kg. Lubok Legong.. Tidak lupa juga kepada pihak UKM, Dr. Endom dan juga prof yang turut menjayakan program ini..

amira-me


Advertisements

warisan kensiu terakhir…

•November 20, 2008 • 1 Comment

Hello world!

•November 20, 2008 • 2 Comments

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!